Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Masak Sambal Tumis Cili Api

Ramuan / Bahan

5 ekor ikan (ikut suka jenis apa)
4 biji cili merah
cili api/padi mengikut kepedasan yang diigini.
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit belacan mengikut rasa
semangkuk air asam jawa
sedikit garam mengikut rasa
3 sudu besar gula
minyak masak




Cara-cara

1.goreng ikan dahulu
2.campurkan semua bahan diatas kecuali ikan dan minyak,kemudian kisar bahan tersebut hingga lumat.
3.panaskan minyak.
4.tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehinggan naik minyak.
5.masukkan ikan kedalam kuali dan balikkan supaya bahan tumisan tersebut sebati bersama ikan.
6.kemudian hidangkan kedalam pinggan yang cantik.
7.(pastikan rasa terlebih dahulu untuk memastikan masakan berasa garam,pedas dan sedap)