Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Masak Asam Cina

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan kembung yang besar
8 biji cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 2 batang serai dititik
Sedikit asam jawa
Sedikit serbuk kunyit
Garam serta serbuk perasa secukupnya.

Cara-cara

Ikan dibersihkan kemudian dibasuh dan toskan airnya. Cili merah, bawang merah dan bawang putih digiling hingga lumat. Panaskan sedikit minyak setelah itu tumiskan bahan yang telah digiling tadi bersama serai. Bila telah agak garing perahkan air asam jawa ke dalamnya. Bubuh secawan air. Bila telah mendidih masukkan ikan, kemudian tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Setelah pekat bolehlah diangkat untuk dihidangkan.