Ramuan / Bahan
1 keping isi ikan kurau masin
(sebesar setengah tapak tangan)
5 biji cili kering
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
4 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
(sebesar setengah tapak tangan)
5 biji cili kering
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
4 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Isi ikan kurau masin dipotong kecil dan nipis setengah cm. dan digoreng sehingga sedikit kekuningan.
2. Bawang putih diketuk.
3. Bawang kecil dan cili kering ditumbuk hingga lumat(boleh dikisar tetapi gunakan sedikit air).
4. Asam gelugur direndam hingga kembang dan diracik halus.
5. Tumis bawang putih yang diketuk sehingga naik baunya masukkan bawang kecil dan cili yang telah ditumbuk berserta asam gelugur yang telah diracik.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan sedikit garing serta masukkan isi ikan kurau masin yang telah digoreng & dikacau sehingga rata.