Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Kukus Masam Manis

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal putih (disiang,dikelar-kelar & diperasakan)
garam & laad sulah secukup rasa
3 batang lada merah (dibelah-dua memanjang & dibuang bijinya)
1 camca sos tomato 1 camca sos cili
2 tangkai daun bawang (dicincang kasar-kasar)
1 ½ camca halia jeruk (dicincang halus)
3 biji telur (direbus,dikupas kulitnya & dicincang halus)

Bahan sos:
¼ cawan air panas
1 labu besar bawang besar (diparut)
3 batang lada hijau ( dibuang bijinya & dimayang halus)
1 camca gula

Cara-cara

Perasakna ikan dengan garam & lada sulah. Ketepikan selama 10-15 minit. Satukan bahan-bahan sos.Campurkan lada merah & ketepikan. kukus ikan hingga masak & isikan ke dalam pinggan. Biarkan hangat. Cedok keluar semua lada dari sos .Gunakan lada-lada itu untuk mengias ikan. Campurkan sos dengan campuran sos tomato. Kacau rata-rata & sesuaikan rasanya. Campurkan daun bawang,halia & telur.Taburkan sekeliling ikan.Tunagkan sos atasnya & hidangkan dengan segera.