Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Kering Masak Asam

Ramuan / Bahan

1 camca sedang rempah kari ikan
5 tangkai cili kering, digunting-gunting
1 tangkai daun kari
1 camca teh rempah campur untuk menumis
2 biji telur
1 keping isi ikan kurau kering 1 keping asam gelugur
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1 sm halia - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar

Cara-cara

Satukan bahan-bahan kisar, asam gelugur, rempah kari dan air di dalam periuk. Rebus hingga mendidih. Masukkan isi ikan kering dan pecahkan telur sebiji demi sebiji. Biar hingga telur keras baru dikacau perlahan-lahan. Apabila mendidih angkat. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis daun kari, rempah campur dan cili kering hingga wangi. Kemudian tuangkan bahan tumisan ke dalam kuah rebusan tadi. Kacau hingga rata.