Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Kerapu Dan Sos Serai Berhias Asparagus

Ramuan / Bahan

500 gm keping isi ikan kerapu
600 gm asparagus
80 gm mentega
50 gm cili merah
10 gm garam & lada hitam 60 cl cuka
2 batang serai
3 biji bawang merah
¼ liter air rebusan
¼ liter krim segar
½ biji limau purut

Cara-cara

Hiris ikan kerapu dalam bentuk kepingan-dua keping kecil untu seorang.Gaulkan garam & lada hitam, perapkan ia dengan air perahan limau parut. Kupas selaput asparagus & celur di dalam air mendidih bergaram sehingga ia lembut & ranggup. Goreng bawang merah bersama mentega di dalam kaserol & kecutkan ia dengan memasukkan cuka. lumatkan batang serai tadi. Tapis air rebusan ayam & campurankan krim segar. Pastikan campuran ini pekat sebelum diangkat. Hiris cili merah halus-halus & masukkan ke dalam kuah. Goreng kepingan ikan kerapu dengan mentega hingga ia berwarna perang. Kemudian angkat & letakkan pinggan. Hiaslah dengan asparagos tadi & tuangkan kuah serai ketika makan