Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ikan Garoupa Kukus Bercendawan

Ramuan / Bahan

500 ml air
1 camca sedang sos soya
1 camca sedang minyak bijan
20 gram halia, dihiris halus
30 gram cendawan hitam, dibelah dua sedikit garam
150 gram filet ikan garoupa
10 gram daun sup, dipotong 1 cm
10 gram daun bawang, dipotong 1 cm

Cara-cara

Didihkan air bersama sos soya, minyak bijan, halia, cendawan dan garam.

Masukkan filet ikan dan masak beberapa minit. Angkat, tabur daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan.