Ramuan / Bahan
¼ biji kelapa parut (perah ½ cawan pati santan)
1 batang serai (dititik)
3 ulas bawang merah (ditumbuk lumat)
1 hiris halia (ditumbuk lumat)
6 mm kunyit kering (ditumbuk lumat)
Garam secukup rasa.
Hiasan:
2.5 cm timun
1 biji tomato Sos Asam:
½ biji bawang merah
1 biji cili merah
1.2 cm belacan
1 sudu kecil asam jawa
125 ml air panas sejuk
Garam secukup rasa
Cara-cara
Sediakan ikan. Bersihkan ikan dan perasakan dengan garam. Perah 125 ml pati santan. Kupas bawang, halia & potong. Cuci serai & potong. Tumbuk kunyit kering (yang telah dibasuh) dengan garam. Campur bawang merah & halia yang dipotong & tumbuk sampai lumat. Keluarkan serai untuk digunakan sebagai berus. Campur bahan-bahan yang diitumbuk ke dalam santan & perasakan mengikut rasa. Menggril ikan. Panaskan gril. Letak ikan atas dulang gril. Sapukan ikan dengan adunan santan dengan serai yang dititik. Gril ikan sambil memercik kedua-dua belah bahagian ikan dengan adunan santan hingga masak. Sediakan Sos Asam. Bakar belacan. Perah asam jawa dengan air panas (hendaklah ditapis). Kupas bawang & hiris cili. Campurkan semua bahan itu dengan belacan & campur garam secukup rasa. Hidangkan ikan itu dengan hiasan yang menarik bersama kepingan timun & tomato. Hidangkan sos asam secara berasingan.