Ramuan / Bahan
¼ biji kelapa parut
(perah ½ cawan pati santan)
1 batang serai-dititik
3 ulas bawang merah
1 hiris halia
6 mm kunyit hidup
Garam secukup rasa Sos asam:
½ biji bawang merah
1 biji cili merah
1.2 cm belacan
1 sudu asam jawa
125 ml air sejuk
Garam secukup rasa
Hiasan:
2.5 cm timun
1 biji tomato
Cara-cara
Sediakan ikan: Bersihkan ikan & perasakan dengan garam.Perah 125 ml pati santan. Kupas bawang,halia & potong. Cuci serai & potong.Tumbuk kunyit kering (yang telah di dibasuh)
dengan garam. Campur bawang merah & halia yang dipotong & ditumbuk sampai lumat. Keluarkan serai untuk digunakan sebagai berus. Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk di dalam santan & perasakan mengikut rasa. Menggril ikan:Panaskan gril. Letak ikan di atas dulang gril.Sapukan ikan dengan adunan santan dengan serai yang dititik.Gril ikan sambil memercik kedua-dua belah bahagian ikan dengan adunan santan hingga masak. Sediakan sos asam: Bakar belacan. Perah asam jawa dengan air panas(hendaklah ditapis).Kupas bawang & hiris cili. Campurkan semua bahan itu dengan belacan & campur garam secukup rasa. Hidangkan ikan itu dengan hiasan yang menarik bersama kepingan timun & tomato.Hidangkan sos asam secara berasingan.