Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Gulai Masam Tempoyak

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan patin (sederhana besar)
2 cm kunyit hidup (tumbuk lumat)
4 sudu tempoyak.(tambah jika ingin pekat dan lebih masam )
4 - 5 cawan air
5 - 6 biji cili padi (tambah jika ingin pedas)- tumbuk lumat
1 batang bunga kantan.( kalau tak de nak letak daun kesum pun boleh).
garam dan serbuk perasa.

Cara-cara

1.ikan patin di basuh dengan asam limau nipis untuk manghilangkan bau hanyir.Kemudian rendam dengan air beras sekejab.( Basuh dan toskan.)
2. masukkan bahan tumbuk , tempoyak dan air.
3. bila mendidih masukkan ikan, garam dan perasa. Masukkan bunga kantan tunggu sehingga ikan masak dan mendidih sekali lagi.