Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Gulai Ikan Sembilang

Ramuan / Bahan

300 gm ikan sembilang
½ biji kelapa
8 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang daun kesum 1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ikan dan potong setebal 3.5 cm. Gaulkan dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dan toskan. Tumbuk 3 labu bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Gaul dengan rempah kari dan serbuk jintan putih. Mayang 5 labu bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Panaskan minyak dalam periuk atau belanga tanah dan tumiskan bawang. Apabila kuning masukkan rempah bersama air. Kacau hingga garing dan berbau wangi. Setelah pecah minyak masukkan santan. Kacau rata-rata. Masukkan ikan, garam dan daun kesum. Apabila mendidih masukkan air asam jawa. Kacau selama 2 minit dan angkat.