Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Cencaru Rumpai Laut

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan cencaru besar
Serbuk kunyit
Garam
3 sudu besar cili kisar
10 gm rumpai laut (direndam) 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
Ikan bilis (ditumbuk)
Daun pandan

Cara-cara

Belah belakang ikan cencaru tetapi jangan sampai putus.

Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.

Sediakan bekas, campurkan cili kisar, rumpai laut, bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.

Sumbatkan kesemua bahan tadi ke dalam belahan belakang ikan.

Balut ikan dengan daun pandan. Panaskan ketuhar dan bakar ikan hingga masak.