Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Bawal Kukus Bersama Sos Kicap Halia

Ramuan / Bahan

600 gm bawal kecil
20 gm halia muda. diracik halus
100 gm tomato, diracik halus
100 gm cendawan hitam
5 gm garam
Sedikit lada putih 1 gm minyak bijan
10 gm cili merah, diracik halus
15 gm daun parsli cina
60 gm minyak halia
100 gm kicap cair
20 ml stok ikan

Cara-cara

Gaulkan bawal bersama halia, sebahagian tomato, cendawan hitam, garam, lada putih dan minyak bijan. Kukus hingga masak dan sejat air lebihan. Hidangkan ikan bersama cili merah, lebihan tomato, dan parsli segar. Tuang minyak halia dan kicap cair sebelum disajikan.