Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Masak Siam

Ramuan / Bahan

5 ketul dada ayam
2 ketul kiub ayam
2 sudu besar giling
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 biji bawang besar(potong 4)
2 batang serai (dititik)
4 helai daun limau purut
1 biji limau purut (ambil airnya)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

1)Dada ayam dipotong kecil-kecil.
2)Tumiskan halia, bawang putih dan cili giling hingga naik bau.
3)Masukkan kiub ayam,serai dan daun limau purut.
4)Masukkan isi ayam yang telah dipotong-potong.Tutup masakan dengan penutup sebentar.
5)Apabila ayam hampir masak, perahkan limau nipis dan masukkan bawang besar.
6) Tumis sebentar dan angkat untuk dihidangkan.