Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Masak Lemak Cili Api Terengganu

Ramuan / Bahan

setengah ayam dipotong sederhana
½ biji kelapa
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
halia
lengkuah
ibu kunyit
3 batang serai
15 biji cili api
semangkuk kecil ikan bilis belah
3 keping asam keping
garam
ajinamoto
gula

Cara-cara

Basuh ayam sehingga bersih.
Campurkan bawang besar, bawang putih, sedikit halia, sedikit lengkuah, ibu kunyit, serai dipotong kecil-kecil, cili api dan ikan bilis dikisar sekali.
Masukkan santan yang telah diperah.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar serta asam keping.
Masukkan ayam, sedikit ajinamoto, garam dan gula mengikut rasa.
Kacau sehingga sebati.