Ramuan / Bahan
1 ekor ayam (digaul dengan garam dan kunyit)
1 ulas bawang besar (dikisar halus)
2 sudu cili merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
½ inci halia (dikisar halus) 2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
2 sudu air asam jawa
Sedikit perisa
Cili merah dan bawang besar sebagai hiasan
1 ulas bawang besar (dikisar halus)
2 sudu cili merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
½ inci halia (dikisar halus) 2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
2 sudu air asam jawa
Sedikit perisa
Cili merah dan bawang besar sebagai hiasan
Cara-cara
Basuh dan goreng ayam terlebih dahulu. Angkat dan tepikan dulu untuk sementara. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya dan masukkan ayam yang telah digoreng. Setelah naik bau, masukkan pula kicap pekat, kicap cair dan air asam jawa. Masukkan garam sebagai perisa dan masukkan ayam sehingga masak. Setelah masak, angkat untuk dihidangkan. Gubah cili merah dan bawang besar sebagai hiasan.