Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Masak Bali

Ramuan / Bahan

1 kg ayam
10 batang serai
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 ½ sudu besar jintan manis
Minyak sapi ½ tin kecil susu cair
1 biji limau nipis
½ cawan sos tomato
½ biji kelapa (3 cawan santan)
300 gm cili kering
1 sudu besar serbuk kunyit

Cara-cara

Bawang merah, bawang putih, jintan manis, halia dan serai hendaklah dikisar atau digiling sehingga halus. Perah limau dan ambil jusnya. Campurkan dengan susu cair dan dikacau sehingga sebati. Biarkan sementara. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar berserta cili giling dan serbuk kunyit. Biarkan sehingga terbit baunya. Masukkan ayam bersama santan. Pastikan ia dimasak dengan api yang perlahan. Pastikan sehingga ayam benar-benar empuk. Setelah itu masukkan sos tomato dan susu cair yang telah dicampurkan dengan air limau tadi. Kacau sehingga pekat dan barulah diangkat. Hiaskan dengan kismis dan hirisan badam.