Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Kurma

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (di potong)
2 camca besar lada putih
1 biji buah pala
5 kuntum bunga cengkih
3 labu bawang besar
2 sm halia
½ camca besar jintan putih
4 biji cili merah
Garam secukup rasa
¼ cawan susu cair 4 camca besar serbuk ketumbar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 ulas bawang putih
1 camca besar jintan manis
3 biji tomato
Air asam limau
3 cawan santan pekat
3 camca kecil serbuk kaskas

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan halia diikuti dengan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Serbuk kaskas, jintan putih, serbuk ketumbar, buah pala, lada putih, tomato dan cili digaul bersama santan. Masukkan bahan ini ke dalam bahan tumis tadi. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, susu cair, asam limau dan garam.