Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Kelia

Ramuan / Bahan

1.5 kg ayam, dipanggang bulat-bulat
3 camca besar minyak
1 batang serai, dititik
2 cawan santan
4 camca sedang bawang goreng
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
3 tangkai cili merah 2.5 sm belacan yang di bakar
½ camca sedang ketumbar
1 camca teh gula
½ camca teh jintan putih
3 biji buah keras
2.5 sm halia
2 camca teh serbuk lada sulah
Giling bersama cili merah

Cara-cara

Ayam panggang di potong mengikut suka. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Masukkan serai, bawang goreng dan santan. Kacau hingga rata. Masukkan kepingan ayam, garam dan asam gelugur. Biar hingga kering dan baru dihidangkan bersama nasi putih.