Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Goreng Tiram Ringkas

Ramuan / Bahan

Bahan A
---------
500g ayam yang telah dibersihkan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu besar sos tiram
Sedikit garam dan serbuk kunyit untuk menggoreng



Bahan B
-------

15 tangkai cili kering dipotong-potong
2 labu bawang besar
1 sudu besar sos tiram

Cara-cara

1. Ayam yang telah digaul dengan Bahan A diperap selama lebih kurang setengah jam di dalam peti ais (lebih lama lebih sedap).
2. Goreng ayam yang diperap tersebut di atas api yang sederhana (jangan hingga terlalu garing).Angkat dan asingkan
3. Goreng bawang besar yang telah dihiris bulat-bulat (hanya gunakan sedikit saja minyak)bersama dengan sos tiram.Setelah hampir kekuningan, masukkan cili kering yang dipotong.
4. Setelah cili kering tersebut garing, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
Tak perlu masukkan garam kerana sos tiram tersebut sudah sedia masin.