Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Goreng Nam Yee

Ramuan / Bahan

Bahan A

1.5 kg ayam, dipotong kekepingan (Ikut suka le nak banyak ke nak sikit ke)
2 keping tauhu jeruk (Nam Yee), hancurkan (ada dijual dipasaraya dalam botol)
1 camca besar Stok Pekat Ayam MAGGI
Sedikit lada hitam
1 camca teh minyak bijan
Bahan B

5 biji telur, dipukul sebati
4 camca besar tepung jagung
5 cawan minyak untuk goring terendam
hirisan timun & lobak merah

Cara-cara

1.Potong ayam menjadi kepingan kecil. Lagi sedap kalau ambil bahagian daging sahaja dan potong menjadi kepingan kecil dan gaulkan dengan semua bahan (kecuali timun, lobak dan minyak) dan perap selama 3-4 jam.(1/2 jam pun boleh kalau nak cepat)

2.Apabila hendak di goreng, pecahkan telur ayam tadi dan dipukul sedikit dan campurkan kepada ayam perap tadi.

3.Masukkan tepung jagung sampai campuran agak pekat sedikit.

4.Goreng dangan api perlahan sehingga kekuningan