Ramuan / Bahan
ayam yang telah dipotong mengikut saiz yang disukai.
lada hitam (ditumbuk)
halia (ditumbuk)
bawang besar dan bawang putih (ditumbuk)
tomato (dipotong halus-halus)
daun bawang (dipotong halus-halus)
kicap (jangan yang manis)
minyak
lada hitam (ditumbuk)
halia (ditumbuk)
bawang besar dan bawang putih (ditumbuk)
tomato (dipotong halus-halus)
daun bawang (dipotong halus-halus)
kicap (jangan yang manis)
minyak
Cara-cara
Bersihkan ayam. gaulkan rata dengan kicap, lada hitam dan halia. gaulkan biar rata dan biarkan ayam itu hingga setengah jam. Kemudian goreng ayam.
Potong daun bawang dan tomato halus-halus. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk kedua-duanya. Tumis hingga bawang putih kekuningan.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan sebati dengan bawang yang ditumiskan. Kemudian masukkan daun bawang dan tomato. Biarkan seketika dan angkat.