Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Golek Seri Santubong

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (dibersihkan)
3 sudu besar cili kisar
2 cm halia muda (dikisar)
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 biji kelapa (diperah pati santannya) ½ biji kelapa (dibuat kerisik dan ditumbuk halus)
2 keping gula kabung
Garam secukup rasa
Hirisan badam secukupnya

Cara-cara

Ayam dikukus ataupun direbus sehingga separuh masak.Ketepikan.

Untuk membuat kuah, satukan cili kisar, halia, bawang merah dan pati santan. Kemudian kacau di atas api yang sederhana. Bila hampir pekat, masukkan kerisik, gula kabung serta garam dan kacau sehingga ia sebati. Apabila kuah pekat, bolehlah dipadamkan api.

Lumurkan kuah pada seluruh bahagian ayam dan bakar di dalam ketuhar selama 15 minit dengan kepanasan yang sederhana.

Bila kuah hampir kering, lumurkan kuah sekali lagi ke atas ayam dan susunkan hirisan badam ke atasnya. Bakar sekali lagi selama 10 minit sehingga badam bertukar warna menjadi perang.

Akhir sekali hiaskan ayam sebelum dihidangkan.