Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Golek Pengantin

Ramuan / Bahan

2 ekor ayam
40 gm bawang putih (dimayang)
150 gm bawang merah (dimayang)
40 gm halia (dihiris)
50 gm rempah basah
½ tin minyak sapi
Garam & gula (secukup rasa)
2 biji kelapa (santan pekat) 100 gm jintan manis
100 gm jintan putih
2 helai daun pandan
3 tangkai cili merah
3 biji tomato
20 gm kunyit serbuk
Bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis

Cara-cara

Ayam dibersihkan. Tumiskan bawang merah, rempah basah, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis. Masukkan
santan pekat, dicampur bersama-sama jintan manis & jintan putih, biarkan sehingga mendidih. Masukkan ayam. Masukkan garam & gula secukup rasa. Potong cili & tomato & masukkan ke dalam ayam tadi. Letakkan ayam di atas talam, masukkan ke dalam ketuhar beberapa minit sehingga kekuningan.