Ramuan / Bahan
1 kg daging ayam
200ml stok ayam
300gm kentang didadu sebesar 1"
5 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil minyak bijan
5 sudu besar serbuk kari daging
2 btg kayu manis
sedikit biji sawi
sedikit daun kari
sedikit bunga cengkih
2 inci halia di hiris
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 biji bawang merah kecil dihiris
200ml stok ayam
300gm kentang didadu sebesar 1"
5 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil minyak bijan
5 sudu besar serbuk kari daging
2 btg kayu manis
sedikit biji sawi
sedikit daun kari
sedikit bunga cengkih
2 inci halia di hiris
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 biji bawang merah kecil dihiris
Cara-cara
Asingkan tulang ayam dari dagingnya.
Rebuskan bahagian tulang dan kentang didalam 500ml air sehingga kentang masak sepenuhnya. Asingkan kentang dan simpan 200ml dari stok tersebut.
Panaskan minyak didalam kuali. Tumiskan segala rempah, halia, bawang putih/merah dan daun kari sehingga naik wangi.
Masukkan daging ayam dan gaul serata. Biar ayam masak didalam kuali tertudung selama 7-10 min/api sederhana.
Sediakan pes kari dengan mencampurkan serbuk kari dan sos tiram dengan stok tadi.
Masukkan pes kari tersebut dan gaul rata.
Biar mendidih/api kecil selama 5 min.
Akhir sekali masukkan kentang rebus and minyak bijan untuk kewangian istimewa. Gaul serata dan turunkan.