Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Air Limau

Ramuan / Bahan

2 biji oren / 3biji limau nipis yang besar /6 biji limau kasturi yang besar
125 gm gula pasir (untuk dibuat sirap)
125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap)
Ketul ais
875 ml air sejuk Hiasan:
Beberapa hiris oren / limau nipis
daun pudina (1 batang)
1 biji ceri

Cara-cara

Lembutkan, basuh & keringkan buah-buah limau itu. Parut kulit buah / hiris kulit luar buah-buah itu ke dalam
mangkuk. Jangan parut / hiris kulit dalamnya (yang berwarna putih) ditakuti pahit rasanya. Sediakan sirap. Bubuh gula dengan kulit limau ke dalam mangkuk, tuang air panas yang baru mendidih ke dalam mangkuk itu. Kacau & tutup mangkuk itu. Biarkan selama 10-15 minit. sediakan air buah. Limau dibelah 2 melintang. Potong sehiris 2untuk hiasan. Buang biji & perah airnya. Tapiskan air buah ke dalam jag. Tapiskan sirap yang telah disejukkan ke dalam jag air buah & tambahkan dengan 875 ml air sejuk. Sejukkan dalam peti ais. Apabila cukup sejuk masukkan beberapa ketul ais. Hias tepi jag / gelas dengan hiris-hiris limau, daun pudina & ceri. Hidangkan.