Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Air Koko

Ramuan / Bahan

4 camca teh penuh koko
1 liter susu Gula dalam mangkuk

Cara-cara

Campurkan sebatian koko dengan 6 camca besar susu. Jerangkan susu selebihnya dalam periuk yang sudah dibasahkan. Apabila susu mendidih, tuangkan ke dalam bekas berisi koko dan kacau.Bilas periuk kemudian tuangkan bancuhan koko ke dalam periuk dan jerang semula.Masak hingga mendidih supaya masak kanjinya. Biarkan merenih selama 1-2 minit. Tuangkan ke dalam jag tembikar yang sudah dipanaskan dan hidangkan dengan gula.