Tom Yam Makanan Laut

Ramuan / Bahan

Bahan tumis:

3 camca besar minyak masak
1 peket perencah tomyam
750 ml (3 cawan air)
4 batang serai (dititik)
6 cm lengkuas (dititik)
6 cm halia (dititik) 2 camca besar sos ikan
2 camca teh gula
2 camca teh serbuk pati ikan bilis
12 ekor udang (dibuang kulit)
4 ekor sotong sedang (dibersihkan dan dihiris)
10 biji cili padi (dititik)
6 helai daun limau purut (dikoyak kekepingan)
6 pokok daun ketumbar (dihiris)
2 pokok daun bawang (dihiris)

Cara-cara

Tumiskan perencah tomyam sehingga terbit bau.

Masukkan air dan masak sehingga mendidih masukkan serai, lengkuas dan halia renih selama 10 hingga 15 minit.

Buangkan serai, lengkuas dan halia dan masukkan bahan B, masaK sehingga makanan laut itu masak dalam anggaran selama 5 minit.

Masukkan baki bahan dan masak sehingga mendidih semula. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang.

Hidangkan ketika masih panas