Spaghetti Ayam Cendawan

Ramuan / Bahan

1 paket spaghetti
200 gm cendawan - dihiris
biji bawang besar - dihiris
1 kiub ayam
25 gm mentega
Sedikit lada sulah
200 gm isi ayam - dihiris
Sedikit gula
biji tomato - dihiris

Cara-cara

Rebus spaghetti hingga lembut. Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang hingga naik bau.
Kemudian, masukkan ayam dan cendawan. Masak seketika. Selepas itu, masukkan kiub ayam yang telah dihancurkan dan gaul rata.
Akhir sekali, masukkan spaghetti, tomato dan lada sulah. Gaul hingga sebati dan hidangkan.