Spaggeti Sos Daging Cincang

Ramuan / Bahan

300gm daging/ayam cincang
15 tangkai cili kering (mesin)
5 biji bawang besar(cincang kasar2)-boleh kisar jika suka.
1 labu bawang putih kisa.
1 inci halia
1 tin kecil tomato puri
1 cawan sos tomato
garam, gula, secukup rasa.
1 tin baked bean (optional)
cawan minyak untuk menumis 1 paket 500gm sphageti (rebus dengan Satu camca besar minyak masak)
Sedikit daun ketumbar

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili sehingga garing.Masukkan bawang putih.

2. Masukkan bawang cincang. Goreng sebentar sehingga naik baunya.

3. Masukkan daging cincang.Kacau sehingga sebati dengan cili dan bawang.

4. Masukkan Sos tomato,tomato puri, garam, gula.

5. Masukkan baked bean. Biar mendidih dan diangkat.

6. Taburkan daun ketumbar semasa menghidang.