Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Bihun Sayur

Ramuan / Bahan

600 gm bihun
300 gm sawi
150 gm udang
150 gm daging
4 keping tauhu 3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk lada
1 biji cili merah
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Rendam bihun selama 2 jam. Jika tiada masa, celur bihun dalam air menggelegak. Apabila lembut toskan. Potong daging sebesar 1.5 cm x 1.5 cm dan rebus hingga empuk. Simpan airnya. Potong udang sebesar 2.5 cm. Potong sawi sepanjang 3 cm. Hiris bawang putih dan cili merah. Belah tauhu kepada 4 bahagian. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan udang, daging, air rebusan daging dan kacau selama 5 minit. Masukkan sayur dan tauhu. Masukkan garam dan serbuk lada. Biarkan hingga mendidih. Masukkan bihun dan kacau supaya semua ramuan mesra. Apabila menghidang, tabur cili potong.