Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Mee Berayam Sos Tiram

Ramuan / Bahan

125 gm daging ayam, dihiris nipis
2 bungkus mee maggi 2 minit, Perisa Ayam
4 cawan air panas
1 camca besar Sos Berperisa Tiram Maggi
1 camca teh Kicap Pekat Maggi
3 camca besar minyak masak 2 ulas bawang putih, dicincang
2 kuntum cendawan kering, direndam dan dihiris nipis
1 batang kecil lobak merah, didadu
2 batang sawi, dipotong 4 sm panjang
2 tangkai cili merah, dihiris

Cara-cara

Masak air di dalam periuk hingga mendidih. Masak mee maggi 1 minit atau hingga mi bercerai. Masukkan perisa ayam daripada mi maggi. Sejat mi dan simpan secawan air rebusan. Masukkan Sos Berperisa Tiram dan kicap pekat maggi kedalam air rebusan ini. Menggunakan periuk yang sama, tumis bawang putih bersama minyak panas hingga kekuningan. Masukkan ayam dan cendawan. Goreng hingga ayam masak. Masukkan sayuran dan goreng 2 minit lagi. Masukkan semula mi dan air rebusan tadi ke dalam periuk. Gaul rata dan masak 1 minit.