Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Udang Berempah

Ramuan / Bahan

BAHAN A
1kg udang
3 biji bawang besar(potong bulat)
1 labu bawang putih(hiris)
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
Rempah 4 serangkai
10 tangkai cili padi(adjust sendiri)
Garam secukup rasa
Gula(buat syarat)
Perasa
Daun ketumbar(agak2je)
BAHAN B
½ sudu kecil serbuk kari
½ sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk cili

Cara-cara

Gaul rata kesemua BAHAN B,sedikit garam & perasa bersama udang..lepas itu goreng(jgn terlalu lama kerana goreng udang bukan macam goreng ikan)..Angkat dan toskan,biarkan sahaja....
Kemudian panaskan minyak,tmis bawang besar & putih.kemudian masukkan cili padi yang dipotong kecil2 bersama rempah 4 serangkai....
Apabila wangi dah sampai,kecilkan api(cam nak renehkan nasi yang masak guna dapur gas),masukkan kesemua serbuk di dalam BAHAN A,garam,perasa & gula...selepas itu kacau....Apabila kesemua serbuk tadi dah masak,masukkan udang tadi & gaul rata.Masukkan juga daun ketumbar yang dah di potong kecil2..Udang berempah siap dihidangkan...Lebih sedap diratah begitu sahaja....SELAMAT MENCUBA