Masak Lemak Siput Sedut

Ramuan / Bahan

Bahan A (dikisar)

7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
11 tangkai cili api (boleh ditambah sekiranya mahu lebih pedas)
2 sudu makan ketumbar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia Bahan B

1 kg siput sedut
(dicuci dahulu kemudian dibuang ekor)
3 tangkai serai (dititik)
biji labu (saiz kecil)
1 kilo santan pekat
sedikit minyak
garam
serbuk perasa

Cara-cara

Tumiskan kesemua bahan-bahan A yang telah dikisar bersama sehingga garing dan naik baunya. Setelah garing masukkan separuh santan, labu yang telah dipotong dadu, siput sedut, serai, serbuk perasa serta garam secukup rasa. Apabila labu sudah empuk masukkan santan yang selebihnya dan kacau sehingga mendidih sedikit (jangan sampai pecah minyak) dan sedia untuk dihidang.