Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Standard Club Pizza

Ramuan / Bahan

Bahan untuk isian atas:
Sedikit minyak
80 gm daging ayam, dicincang
4 camca besar pes tomato
1 biji tomato, dihirs bulat
½ biji lada benggala, dihiris bulat
1 biji bawang besar, dihiris bulat
60 gm cendawan butang, dihiris
10 biji bauh zaitun, dihiris
1 camca besar ikan bilis, dibuang kepala
60 gm nanas, dihirs dadu
200 gm keju mazarella, disagat 200 gm tepung gandum
12 gm marjerin
Secubit garam
5 gm gula kastor
5 gm ragi
125 ml air

Cara-cara

Satukan tepung, marjerin, garam dan gula di dalam mangkuk adunan. Gaul hingga rata. Didalam mangkuk berasingan, satukan ragi bersama air dan kacau hingga ragi larut sepenuhnya. Setelah larut, masukkan di dalam adunan tepung tadi dan uli 5 minit. Setelah diuli, biarkan doh naik seminit. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 190'c. Leperkan adunan yang telah kembang menjadi 1/2 cm tebal dan terapmenggunakan acuan bulat. Biar 3 minit lagi sebelum dibakar. Keluarkan acuan dan bakar 5 minit. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak dan masukkan ayam, goreng hingga masak kemudian masukkan pes tomato dan kacau hingga rata. Ketepikan. Tumis pula tomato, lada benggala, bawang besar, cendawan butang, buah zaitun, ikan bilis dan nanas hingga naik bau. Sapu adunan pes tomato tadi pada doh yang telah dimasak, diikuti dengan bahan-bahan yang baru ditumis. Tabur sagatan keju mozarella dan bakar piza di dalam ketuhar.