Udang Masak Tempoyak

Ramuan / Bahan

kg udang bersaiz sederhana
10 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 senduk tempoyak
Sehelai daun kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

Udang dibuang kulit dan dibersihkan. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit serbuk.
Cili, bawang dan kunyit hidup ditumbuk halus. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan.
Masukkan tempoyak, garam dan gula dan akhir sekali masukkan udang dan daun kunyit yang telah disiat-siat. Kacau hingga masak.