Udang Jingga

Ramuan / Bahan

10 ekor udang galah, dibersihkan
4 biji tomato, dicincang
Secekak daun ketumbar, untuk hiasan
2 camca sedang tomato puri
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis (Bahan-bahan untuk digiling)
camca sedang garam masala
30 tangkai cili kering
12 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2.5 sm lengkuas

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi. Kemudian masukkan tomato puri, tomato cincang dan garam. Kacau rata. Masukkan udang. Kacau lagi hingga sebati. Apabila udang masak baru diangkat dan dihias.