Udang Goreng Sos Lima Rasa

Ramuan / Bahan

170 gm udang sungai
1 labu jeruk bawang putih Thai, dimayang
2 tangkai cili merah, dimayang halus
15 gm parsli Cina, dicincang
10 gm cili padi, dicincang 1 camca besar gula merah
1 camca teh sos ikan
2 camca teh cuka
2 camca besar minyak untuk menumis
camca teh lada putih, ditumbuk

Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis cili merah, daun parsli, cili padi, lada putih dan udang dua minit. Masukkan gula merah, jeruk bawang putih, sos ikan dan cuka. Goreng hingga udang betul-betul masak. Angkat dan hidangkan.