Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Udang Goreng Bersadur

Ramuan / Bahan

220 gm tepung berserbuk penaik
30 gm tepung jagung
1 camca teh serbuk penaik
1 biji telur, dipukul
¾ cawan air
3 camca besar Sos Berperisa Tiram Maggi
2 camca Serbuk Pati Ikan Bilis Maggi Bahan-bahan A:
½ cawan udang, dicincang
3 camca besar daun bawang, dicincang
3 camca besar daun saderi, dicincang
3 camca besar cili merah
5 biji bawang merah, dihiris halus
Sos Cili Bawang Putih Maggi

Cara-cara

Ayak tepung, tepung jagung dan tepung berserbuk penaik di dalam mangkuk. Masukkan telur, air, Sos Berperisa Tiram Maggi dan Serbuk Pati Ikan Bilis Maggi ke dalam tepung. Gaul sebati hingga ramuan tepung sempurna. Campurkan bahan-bahan A dan gaul sebati. Goreng ramuan menggunakan sukatan camca teh di dalam minyak panas. Goreng hingga kekuningan. Hidangkan dengan Sos Cili Bawang Putih Maggi.