Udang Goreng Berpetai Sarawak

Ramuan / Bahan

1 kg udang sederhana
kg petai Sarawak
Minyak untuk menggoreng
5 biji bawang merah, dihiris 2 ulas bawang putih, dihiris
1 batang serai, dititik
Garam secukupnya

Cara-cara

Udang dibuang kulit dan dibersihkan. Petai dibuang kulit dan dibelah dua. Panaskan minyak dan goreng bawang hingga kuning. Masukkan petai dan goreng beberapa minit. Masukkan udang, serai dan garam secukup rasa.