Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Udang goreng asam

Ramuan / Bahan

600g (1 1/3 lb)udang besar
1 camca teh garam
½ camca teh serbuk lada putih
½ camca teh gula
½ camca teh serbuk perasa 1 cawan minyak
1 biji timun,dihiris

Dibancuh dan ditapis:
2 camca besar penuh asam jawa
4 camca besar air

Cara-cara

Buang kaki dan mata udang.Kulit dibiarkan sahaja.Perasakan udang dengan air asam;garam,lada putih,gula dan saerbukperasa dan perapkan selama 15 minit.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang di atas api sederhana selama 3-5 minit hingga masak.