Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Barbeku Sotong

Ramuan / Bahan

80 gm sotong
4 gm rempah paprika
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah
2 gm jus limau nipis
2 gm sos tiram Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang putih
4 gm bawang merah

Cara-cara

Tarik kepala sotong dan bersihkan bahagian dalamnya. Tus air sotong. Perap sotong bersama bahan-bahan lain selama sepuluh minit. Panggang mengikut citarasa anda dan hidangkan dengan sos.