Asam Pedas Ekspress

Ramuan / Bahan

Bahan ini dikisar:
5 potong ikan parang/tenggiri (dicuci dgn asam garam)
Bahan dikisar/tumbuk:
5 biji bawang merah
10 biji cili hidup merah
inci halia
inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 Bendir/Terong Panjang (Potong/Belah)
2 sudu masak garam
Air Asam Jawa semangkuk
5 sudu masak minyak masak

Cara-cara

Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis bahan dikisar/ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili dan tumis sehingga cili cukup masak

Masukkan air asam sedikit dan masukkan ikan serta campurkan sedikit bahan tumis keatas ikan sehingga ikan sebati. Masukkan air asam jawa dan kacau (balik-balikkan kuah (berhati-hati agar ikan tidak hancur). Masukkan garam secukup rasa apabila mendidih masukkan bendir/terung dan matikan api.