Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Acar Udang

Ramuan / Bahan

500 ml minyak masak
2 kg udang, dibersihkan
2 biji timun
5 biji bawang besar, dihiris lapan
5 biji cili merah, dibelah dua
5 biji cili hijau, dibelah dua
5 biji bawang kecil, dibelah empat
Sedikit garam dan gula
4 camca teh gula Bahan-bahan dikisar:

250 gm buah keras
10 ulas bawang putih
20 biji bawang merah
2 cm halia

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis buah keras bersama bawang putih, bawang merah dan halia hingga garing.

Masukkan udang bersama timun, bawang besar, cili merah, cili hijau dan bawang kecil. Biar hingga setengah masak.

Akhir sekali masukkan gula bersama cuka dan garam. Kacau sebati hingga udang masak.