Udang Galah Bakar

Ramuan / Bahan

600 gm udang galah
1 batang serai
sudu teh jintan manis
sudu teh serbuk kunyit
3 biji cili kering
Garam secukup rasa Bahan-bahan untuk kuah asam limau:
1.5 gm belacan
5 biji cili merah
1 biji asam limau
2 labu bawang besar
1 sudu teh air asam jawa
sudu teh gula
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan udang dan belah belakangnya. Gaul dengan garam dan kunyit. Mesin atau giling serai, jinta manis dan cili kering. Bakar udang. Sambil membakar percik dengan bahan-bahan yang dimesin. Udang bakar elok dimakan dengan air asam limau. Untuk membuat air asam limau, tumbuk 4 biji cili merah bersama belacan dan sedikit garam. Masukkan air asam jawa. Hiris bawang nipis-nipis dan gaul dengan sambal. Hiris sebiji cili merah dan campur dengan sambal. Perahkan asam limau. Masukkan sedikit air, garam, gula dan kacau rata-rata.