Ramuan / Bahan
1 Paket Spagheti
Bahan-Bahan sos (Semua dikisar):
5 biji bawang kecil
10 batang cili kering
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji tomato
Bahan-bahan sampingan:
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garam dan ajinomoto secukup rasa
10 biji Lada hitam (dikisar halus)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Hotdog/sausage-berapa banyak ikut selera (di potong bulat)
2 keping Fish cake panjang (dipotong)
Isi ketam/crab stick meat-berapa banyak ikut selera (Dipotong)
1 keping ayam dada tanpa tulang (direbus dan dipotong dadu)
Udang kecil sebanyak 8 ekor (dibuang kulitnya)
Keju dalam kotak (diparut halus)
Cara-cara
Cara pertama:
rebuskan Spaghati dalam periuk hingga kembang dan lembut selama 15-30 minit,toskan hingga hilang airnya dan masukkan kedalam pinggan yang disediakan dan ketepikan
Membuat sosnya:
Panaskan minyak dalam periuk.Masukkan kesemua bahan-bahan kisar dan bawang besar yang dipotong dadu tumis hingga garing dan wangi.Tambah 3 gelas air kedalam periuk dan stok ayam yang telah direbus,tunggu menididh.Setelah menidih baru masukkan hotdog,fish cake dan isi ketam kedalam periuk.gaul hingga bahan mengembang sedikit baru masukkan udang,ayam dipotong dadu.Tutup periuk dan tunggu ia agak masak selama 5-10 minit.Setelah itu baru dimasukkan tomato yang dipotong dadu.Tambah gula pasir,sos cili,sos tomato,garam dan ajinomoto secukup rasa serta lada hitam yang dikisar halus.Tutup periuk dan tunggu hingga sosnya agak pekat.Jika masih cair tambah 1 sudu gula pasir untuk menambah manis dan masam.
Setelah ia pekat, campurkan sos itu mengikut selera anda ke dalam spagheti yang telah direbus itu.Tambah Keju parut keatas spagheti.