Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Udang Ala Provencale

Ramuan / Bahan

1 kg udang yang sederhana besarnya
100 gm bawang merah
500 gm buah tomato
10 gm bawang putih
20 gm parsley
1 tin kecil cendawan (dipotong) 30 gm minyak masak
Sedikit thyme
Sedikit rosemary
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Udang dibuangkan kulitnya kemudian dibelah belakangnya dan dibersihkan serta toskan airnya. Bawang dimayang halus. Toskan cendawan dari dalam tin kemudian mayang cendawan halus-halus. Celurkan buah tomato dalam air yang mendidih buat beberapa ketika. Setelah itu kupaskan kulitnya, dipotong dan buangkan bahagian isi dalamnya. Potongkan buah tomato ini kecil-kecil. Bawang putih dihancurkan. Daun parsley dimayang halus-halus. Panaskan kuali di atas dapur kemudian pijarkan minyak masak ke dalamnya. Kemudian masukkan udang tadi sambil dibalik-balikkan sehingga berwarna kemerah-merahan. Setelah itu masukkan bawang yang telah dimayang tadi. Masak sehingga berwarna kekuningan kemudian masukkan cendawan, tomato dan bahan-bahan yang lain. Tambahkan hidangan ini dengan thyme, rosemary, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Setelah itu bolehlah diangkat untuk dihidangkan.