Tumis Udang Rempah Kari

Ramuan / Bahan

20 ekor udang harimau sederhana besar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu besar rempah kari cawan santan pekat
sudu teh kunyit serbuk
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

Udang dibersihkan tetapi jangan dibuang ekor dan kepalanya. Goreng sekejap dan angkat setelah warnanya bertukar kemerahan. Ketepikan sebentar.

Tumbuk lumat bawang putih dan bawang merah. Panaskan minyak dan tumis bawang yang ditumbuk tadi. Setelah agak garing, masukkan rempah kari dan kacau sehingga pecah minyak.

Masukkan santan, kunyit serbuk dan garam secukup rasa. Biar sehingga kuah betul-betul pekat baru masuklah udang.

Angkat dan susun di dalam pinggan hidangan.