Tom Yam Cik Abang Sayang

Ramuan / Bahan

1 kilo udang sederhana besar yang segar (jangan dibuang kulit, cuma dibelah belakang dan dibuang urat hitamnya)
kilo sotong

Bahan Kisar:

10 tangkai cili kering (dipotong dan direndam dlm air panas)
10 biji cili padi
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai (dihiris kasar)
1 sudu belacan
1 genggam udang kering
1 biji limau nipis (ambil kulit hijau luarnya sahaja)
Bahan A:

2 tangkai serai (di titik)
Air secukupnya
3 ulas bawang besar hijau (dibelah mengikut citarasa)
2 akar ketumbar (diketuk)
4 biji tomato (belah 4)
6-10 biji cili padi (diketuk)
400gm cendawan tiram

Bahan B:

Sos ikan dan garam secukupnya

Bahan C:

3 helai daun limau purut (di carik-carik)
3 pokok daun ketumbar (dipotong kasar)
6-10 biji limau nipis (diambil jusnya)

Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak, wangi dan benar2 jadi seperti pes. Semasa menumis dikacau selalu bagi mengelakkan bahan tumisan hangus.

2. Kemudian masukkan Bahan A, bermula dari serai dan akar ketumbar. Biarkan sebentar kemudian masukkan air. Setelah menggelegak masukkan kesemua baki Bahan A kecuali cendawan. Selepas 10 minit barulah dimasukkan cendawan.

3. Setelah itu masukkan sos ikan dan garam secukup rasa beserta udang dan sotong. Masukkan terus Bahan C. Biarkan dalam 5 MINIT SAHAJA, padamkan api dengan segera.