Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sotong Sumbat Tujuh Likur

Ramuan / Bahan

800 gm sotong besar
300 gm isi udang atau isi ikan
2 batang serai
20 gm bawang putih
40 gm bawang merah
20 gm halia
5 tangkai cili kering 4 biji buah kurma (dibuang biji)
1 sudu serbuk ketumbar
1 helai daun kunyit
¾ cawan santan
1 butir telur
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan sotong tanpa memotongnya. Kisar semua bahan-bahan yang lain sehingga ia lumat.

Sumbatkan bahan-bahan tersebut ke dalam sotong. Kukus atau bakar sehingga ia masak.

Sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan cili, sos tomato atau masak lemak.